Tuesday, April 29, 2008

Kenderaan

KENDERAAN SEBAGAI PEMANGKINJ KETEMADUNAN MANUSIA
Sejak pada zaman dahulu lagi, pengangkutan amat penting kepada manusia kerana ia memudahkan manusia bergerak. pada ketika dahulu, manusia banyak menggunakan haiwan peliharaan mereka sebagai aset untuk mereka bergerak ke tempat yang jauh. haiwan itu juga digunakan untuk mengangkut barang yang mereka kehendaki. kuantiti baran itu selalunya banyak dan membebankan.
Masa silih berganti, teknologi semakin maju, setelah lama manusia hidup, maka terdapat idea untuk mencipta roda. Roda amat berguna untuk memudahkan kerja manusia. Kemudiannya, manusia mengkombinasikan fungsi roda dan haiwan untuk menjadi mesin atau alat untuk mereka bergerak. maka terciptalah kerata lembu, kereta kuda, kereta unta dan macam-macam lagi. Kenderaan seperti ini memangkinkan lagi dalam proses penghasilan kereta yang 100% menggunakan mesin tanpa memakai tenaga haiwan. Maka terhasillah kereta.
Sungai dan laut amat penting terhadap sistem pengangkutan dunia. Sungai menjala jalan utama kepada manusia pada zaman dahulu kerana ketiadaan jalan raya. Manusia mereka sampan dan rakit sebagai kenderaan yang digunakan di air. Kapal layar dicipta dan digunakan untuk merantau ke tempat yang jauh dan laut menjadi jalan kepada penjelajahan kapal layar yang dicipta oleh sesuatu kaum. Ia memangkin kepada ketamadunan manusia dengan adanya interaksi diantara satu tempat dengan tempat yang lain.
Penghasilan kenderaan di udara hasil daripada sifat inkuiri manusia terhadap sistem penerbangan yang dicipta kepada burung. Adik beradik Wilbur adalah mereka yang mencipta kapal terbang dan ia merupakan kenderaan udara yang pertama dicipta di dunia ini. Hasil usaha mereka sangat berguna dan ia berkembang sehingga terdapat pelbagai kenderaan udara dicipta. Ia lebih memudahkan kerana udara diada had sempadannya.
Kini, pelbagai kenderaan telah di hasilkan. Kenderaan didarat banyak dicipta dan sistem jalan raya sudah diperkemas kinikan. pelbagai kenderaan darat yang dicpta. anataranya seperti motosikal,kereta,bas,lori,LRT dan macam-macam lagi. Kenderaan di air juga tidak kurang hebatnya. Kini banyak kapal-kapal telah dicipta dengan mewah digunakan dengan pelbagai kegunaan. kapal selam juga telah dicipta untuk tujuan tertentu seperti peperangan. Di udara pula, terdapat pelbagai kenderaan langit yang telah tercipta. Ia amat mewah dan memudahkan proses penghantaran barang yang banyak dan boleh ketempat yang jauh dengan masa yang singkat. Helikopter,kapal terbang, jet pejuang, kapal angkasa dan macam-macam lagi dicipta untuk kegunaan manusia. Kini kemajuan teknologi semakin meningkat. Pelbagai kenderaan telah dihasilkan. Kemajuan itu harus dibanggakan kerana kenderaan memainkan peranan penting dalam proses ketemadunan manusia.

No comments: